Make your own free website on Tripod.com

Manjung Dirtbike Club

About Us

Home
About Us
Contact Us
Activities
Facilities
Photos Gallery
Where To Find Us
Recent and Upcoming Events
Promotion

On this page we will describe our background and philosophy.

Latar Belakang Kelab



Manjung Dirt Bike Club secara raminya telah ditubuhkan pada tahun 2001 dimana pada ketika itu kelab ini di gelar "Manjung Motocross Club&" denagn jumlah keahlian hanya seramai 5 orang. Untuk tempoh 8 tahun sehinggalah ke tahun 2001, jumlah keahlian dan penyertaan warga belia sekitar daerah ini semakin bertambah menjadikan jumlah ahli ketika itu adalah seramai 20 orang.



Pada tahun tersebut (2001) dengan inisiatif ahli dan organisasi yang di wujudkan, kelab ini telah bernaung dibawah Kelab Rekreasi Manjung dibawah Biro Sukan Bermotor. Bermula dari saat itu kelab ini lebih aktif menyertai progrem-progrem yang dianjurkan oleh biro terbabit disamping aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan sendiri oleh pihak kelab.



Antara aktiviti kelab yang dianjurkan adalah aktiviti bermotor merentasi Banjaran Titiwangsa dari Lasah ke Gua Musang Kelantan, ekspidisi ke Raub Pahang, aktiviti bermotor ke Sungkai, Seberang Perak, Labu Kubong (Sungai Manik) dan juga aktiviti dilitar sementara kelab yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Teknik Manjung.



Kelab ini juga turut mempunyai ahli yang mahir didalam beberapa bidang yang berkaitan seperti makanik motosikal, jurulatih menunggang kenderaan lasak dan beberapa orang yang arif didalam bidang rawatan kecemasan. Sehingga sekarang jumlah keahlian kelab telah meningkat kepada 30 orang.



Besemperna dengan tema kelab yang lebih mementingkan aktiviti sukan dan rekreasi, maka pada mesyuarat agung tahunan untuk tahun 2005 nama baru kelab telah diputuskan menggantikan nama lama iaitu Manjung Dirt Bike Club. Nama baru kelab ini dilihat adalah lebih sesuai besemperna dengan objektif dan tema yang diwujudkan oleh kelab ini.

motorcycle_beach_boys.jpg

Objektif Penubuhan Kelab

1. Mewujudkan satu aktiviti sukan dan riadah yang sihat
untuk semua golongan masyarakat yang berminat dengan
tidak mengira faktor usia dan latar belakang kedudukan.
2. Mengisi masa lapang dengan beriadah bermotor di hujung
minggu dan cuti-cuti kelepasan
3. Mempelbagaikan lagi aktiviti sukan di Daerah ini.
4. Merapatkan hubungan antara golongan remaja dan dewasa
5. Menarik minat golongan muda yang berpotensi untuk
berlumba bagi diketengahkan menggunakan landasan dan
kaedah yang betul.
6. Mempromosikan Daerah ini kepada masyarakat luar.

Misi Penubuhan Kelab

Misi kelab untuk tempoh terdekat ini adalah untuk mendapatkan satu kawasan yang tetap dan diiktiraf untuk aktiviti sukan ini selain bagi tujuan menarik lebih ramai minat dan keahlian. Di samping itu aktiviti ini juga dilihat berpotensi untuk mempromosikan Daerah Manjung, Lumut dan Sitiawan bukan saja sebagai satu distinasi pelancongan bahkan satu daerah untuk sukan motor lasak.

Visi Penubuhan Kelab

Menjadi satu kelab motosikal yang kukuh dari sudut sukan bermotor dan berekriasi dengan mempunyai ruang sukan yang selesa dan selamat disamping mampu untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lebih tinggi dan berprestish.

CARTA ORGANISASI MANJUNG DIRT BIKE CLUB 2005



PENAUNG
EN. ZUHRI B. ZAINAL ABIDIN (s.i)

PENGURUSI
EN. DOL BAHARI B. MOSTAJAB (wak)

SETIAUSAHA
EN. M. YUSRINIZAM B. M. YUSOF (yus)
EN. ZAMBRI B. M. NOOR

MAKANIK
EN. DOL BAHARI B. MOSTAJAB (wak)

KESELAMATAN
EN. NORDIN B. MAT ALI (din manong)

KESIHATAN
EN. MOHD AZMI

PERALATAN
EN. ZAMBRI B. M. NOOR

MAKANAN
EN. RUSLI B. SAMAD (zul)

PROMOSI
EN. DOL BAHARI B. MOSTAJAB (wak)

PERLUMBAAN
EN. AZAMUDDIN B. SA’AID (along)











































sandtrail.jpg

Find Us At ASTAKA Sitiawan Perak